Kemasukan ke KMI Kuala Terengganu Medical Centre untuk rawatan dan / atau pembedahan perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor yang hadir. Bagi memastikan kelancaran pendaftaran / kemasukan anda, Sila sediakan dokumen seperti berikut:
• MyKad dan MyKid untuk warganegara Malaysia; pasport jika anda bukan warganegara Malaysia.
• Kad Insurans Kesihatan / Surat Jaminan dari majikan atau syarikat insurans anda.
• Surat rujukan doktor (jika anda dirujuk oleh doktor GP / keluarga anda).
• Laporan perubatan / X-ray / MRI / Scan / lab lepas atau semasa (jika ada).
Harap maklum bahawa pada waktu kemasukan, anda atau penjaga akan dikehendaki untuk mengisi borang kemasukan. Pegawai kemasukan kami akan memaklumkan kepada anda mengenai jumlah deposit yang diperlukan. Anda berhak untuk mengetahui anggaran kos kemasukan ke hospital seperti yang disebutkan di dalam Piagam Pesakit kami. Anda perlu mengesahkan kos anggaran dengan doktor anda.
Doktor yang melakukan pusingan wad akan menandatangani borang pelepasan anda. Adalah dinasihatkan bagi anda mendapatkan bantuan daripada saudara atau kawan untuk mengiringi anda pulang. Masa keluar adalah pada jam 12:00 tengah hari. Untuk pelepasan selepas jam 12:00 tengahari, akan dikenakan bayaran tambahan setengah hari. Untuk pelepasan selepas jam 4.00 petang, bayaran bilik sehari penuh akan dikenakan.Bil anda mesti diselesaikan sepenuhnya sebelum anda dilepaskan jika pembayaran tidak dijamin oleh syarikat anda, dilindungi oleh insurans atau pengaturan sebelumnya belum dibuat. Jika anda dilindungi oleh insurans, sila ambil perhatian bahawa prosedur pelepasan mungkin mengambil masa sehingga 3 jam untuk mendapatkan kelulusan akhir dari syarikat insurans anda.
Pesakit yang membayar tunai akan menerima bayaran balik sekiranya deposit adalah lebih daripada perbelanjaan sebenar yang ditanggung.
Sebelum anda pergi, sila pastikan anda:
• Kumpulkan semua barangan dan barang berharga anda
• Dapatkan semua ubat yang ditetapkan (jika ada) dan pastikan anda memahami arahan mengenai penggunaannya.
• Dapatkan kad temujanji daripada jururawat yang hadir, sekiranya ada rawatan susulan
Deposit akan diperlukan pada waktu kemasukan. Jumlah deposit adalah berbeza bergantung kepada kes kemasukan. Untuk membantu anda menguruskan kewangan anda, anggaran jumlah deposit kami adalah seperti berikut:
ANGGARAN DEPOSIT UNTUK KEMASUKAN |
TUNAI
BILIK | DEPOSIT (RM) |
---|---|
BILIK PERSEORANGAN | 2,000.00 |
NURSERI | 500.00 |
JAGAAN HARIAN | 500.00 |
INSURANS / MCO
INSURANS / MCO | 400.00 |
---|
DEPOSIT SEBELUM PROSEDUR/ PEMBEDAHAN |
JENIS | ANGGARAN (RM) | PROSEDUR |
ORTOPEDIK | 10,000.00 | IMPLAN |
SURGERI BESAR LAIN | 5,000.00 | |
SURGERI KECIL LAIN | 2,000.00 | |
PROSEDUR LAIN | 500.00 | |
PAKEJ | seperti pakej |
Bil interim tersedia semasa anda sedang dirawat. Sila hubungi Unit Bayaran untuk membincangkan sebarang pengaturan kewangan.
Kami menerima Tunai, Surat Jaminan Panel, Debit dan Kad Kredit. Untuk makluman, cek peribadi TIDAK diterima.
Kami menerima kad kredit seperti dibawah;
Pengunjung adalah dialu-alukan tetapi adalah tanggungjawab kami untuk memastikan bahawa pesakit menerima rehat maksimum semasa tinggal dan semasa menerima rawatan di hospital kami.
Pengunjung dengan kanak-kanak kecil sangat diingatkan untuk menjaga anak-anak mereka supaya tidak mengganggu privasi pesakit lain.
Pelawat mesti mematuhi waktu lawatan berikut : 10.00 pagi - 7.00 petang.