News & Events

EVENTS | 3rd June 2023

KMI Healthcare dan PKENPs Tandatangan MoU untuk Pembangunan Kesihatan di Perlis

Pada 3 Jun 2023, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara KMI Healthcare dan Pembangunan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang bertempat di Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Acara tersebut turut menerima kehadiran YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis sebagai tetamu kehormat.

MoU tersebut adalah bagi meneroka peluang kerjasama bagi pembangunan hospital swasta atau fasiliti kesihatan di Negeri Perlis yang akan ditentukan perinciannya selepas penyelidikan yang lebih rapi dilakukan oleh kedua-dua pihak.

What's New

Past